Dari mata turun ke hati. Dari perbuatan membuahkan perasaan.
Ada persamaan tak kat situ? aku sendiri pelik..
Segala apa yang telah terjadi dan bakal aku lalui.Aku sendiri masih di dalam kesamaran.
Bagaimana dan Macam mana untuk aku mengharunginya .Namun aku yakin masih ada seseorang yang sentiasa berada disisi aku .Dia adalah Penciptaku.
Aku disini setahun sekali mungkin .Aku tidak pandai berkata dan menulis sebijak mereka yang mengarang .
Aku disini bagi meluahkan ,melepaskan,serta dengan alasan yang tak masuk akal.
Acapkali aku termimpikan khalifahku diambil orang. Mengapa terlalu kejam menghantui lena malamku ?
Mainan syaitan bisikku sendirian .Bukan apa, jujurnya aku takut, takut akan perasaan kehilangan dan ditinggalkan.
Aku punya satu sikap yang sememangnya agak sukar tuk dilenturkan . Malah belum tentu cecair peluntur di pasaran mampu membantu sikap ku ini.Mengapa aku sukar merasakan kau memikirkan aku ? Kenapa aku sering merasakkan tidak bermakna dalam hidupmu wahai khalifah .
Mungkin aku terlalu banyak berimaginasi , melayan hasutan si iblis .
Mungkin juga,aku punya masalah dalaman .
Aku sukar menduakan dirimu , kerana aku sentiasa fikirkan melakukan sebegitu terhadapmu serupa bagiku menunjukkan kebodohanku di hadapan mu .
Aku tidak ingin sekali mengongkong kehidupan mu,malah jauh sekali menghalangmu dari mengenali dunia yang dipenuhi onak dan duri wahai khalifahku.
Bagiku apa yang aku alami semua ini seperti memaksa ku untuk mengatakan kepada mu wahai khalifah
"adakah kita perlu menjadi satu"
Tapi, perjalanan hidup kita tidak semudah seperti apa yang ingin kita ucapkan .Tidak semudah apa yang ingin dijanjikan . Itu menjadi salah satu punca kesedihan hati ku yang tiada penghujung .
Aku juga manusia serta khalifah yang ada hati ada perasaan,ada usus ,ada buah pinggang dan sebagainya.
Jadi , aku merasakan aku perlu dikenali siapa aku kepadamu wahai khalifah.Usahlah dikau mempermainkan aku seperti ini . Sekiranya aku tiada membawa satu senyuman kepadamu, ucapkanlah kepadaku agar aku perbetulkan kekuranganku.
Susah bagiku untuk berkata kata seperti ini jika kamu dihadapanku.Lidahku kelu bagai dipalu .
Mulutku berat bagai ada yang meletakkan emas didalamnya .
Aku tinggalkan coretan ini seketika .